Pemimpin bawahan BN perlu ‘jaga mulut’

0
250

PUTRAJAYA: Pemimpin peringkat akar umbi Barisan Nasional (BN) diminta tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terutama membabitkan dasar parti yang di luar pengetahuan mereka.

Ketika menitipkan pesanan itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, juga meminta kerjasama media untuk tidak melaporkan kenyataan pemimpin yang tidak terbabit dalam penggubalan dasar dan perancangan parti, kerana akan memberi gambaran kurang tepat.

Beliau berkata, ia berikutan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti biasa, tidak terbabit dengan rundingan di peringkat kepemimpinan tertinggi, tidak mempunyai maklumat membabitkan dasar.

“Kalau media nak bertanya dasar saya harap dapat dirujuk penjawat jawatan yang sesuai. Kalau ambil seorang pemimpin bahagian, kita ada 191 bahagian. Ada sesetengah pemimpin mungkin tak tahu apa sedang berlaku,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas Perarakan Pasukan Berkuda Perkhidmatan Awam Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Jubli Perak Perbadanan Putrajaya di Dataran Putrajaya, di sini, hari ini.

Annuar mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi BN Johor, Nur Jazlan Mohamed, yang menasihatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, supaya berhenti “ke sana ke sini” bagi meraih sokongan Ahli Parlimen menjelang pembentangan belanjawan Oktober depan.

Sumber: Berita harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here