Pemuda parah di kepala maut akibat dirempuh pacuan empat roda

0
250

PADAWAN: Seorang remaja lelaki maut akibat dirempuh sebuah pikap ketika memasuki Jalan Sarig di sini, pagi tadi.

Dalam nahas kira-kira jam 7 pagi, mangsa berusia 18 tahun dari Kampung Sikog, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu, berkata kemalangan berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal bersendirian masuk ke simpang sebelah kanan Lorong Pesa 5, sebelum dirempuh sebuah pikap yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa yang parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik dari Hospital Serian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Alexson berkata, pemandu pikap, iaitu lelaki berusia 68 tahun dari Kampung Pesa, Padawan tidak cedera.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber-Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here