Penceroboh tanah haram,rayu bantuan sultan pahang di saat mereka tersepit

0
1487
Barisan penceroboh tanah haram dengan menanam musang king dan mengaut keuntungan sendiri

KUANTAN: Keputusan kerajaan Pahang melakukan operasi ‘pemutihan’ tanah haram di seluruh negeri bertujuan memacu pembangunan ekonomi secara seimbang.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, berkata tindakan dilakukan kerajaan negeri itu bukan menganiaya rakyat dan ia tidak seharusnya dipolitikkan.

Beliau menegaskan, isu penerokaan tanah secara haram di negeri ini mengakibatkan kerajaan negeri tidak mendapat hasil yang sewajarnya untuk digunakan meningkatkan ekonomi domestik.

Sebaliknya, kerajaan negeri berusaha mencari penyelesaian terbaik bagi bagi ‘menghalalkan’ tanah haram yang diteroka di seluruh negeri.

“Apa yang dilakukan kerajaan Pahang adalah meminta penceroboh membayar denda, meminta mereka menjelaskan premium, sewaan atau pemilikan sementara tanah, membayar cukai bagi mengutip hasil tahunan.

“Langkah itu perlu demi memastikan situasi ‘menang-menang’ dapat dicapai bukan saja dalam kalangan penceroboh tanah, malah kepada kerajaan negeri,” katanya dalam satu hantaran Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak memaklumkan kerajaan Pahang kerugian RM30 juta hasil cukai tanah dalam isu pencerobohan tanah untuk penanaman durian secara haram di Raub.

Menurutnya, nilai kerugian itu berdasarkan kadar terendah pajakan dan cukai tanah untuk tempoh 10 tahun.

Katanya, durian yang dikeluarkan ladang haram jelas tidak memiliki pensijilan myGAP, melanggar peraturan dan menyalahi protokol pengeksportan sekali gus boleh menjejaskan industri durian negara selain memberi kesan kepada alam sekitar dan menjejaskan kelestarian alam khususnya hutan simpan dan sumber air.

Isu pencerobohan tanah untuk penanaman durian secara haram sebelum ini dibangkitkan Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji di Dewan Rakyat pada 23 Julai lalu.

Dianggarkan 4,400 hektar kawasan diusahakan secara haram untuk penanaman durian di Raub.

Sumber: Sinar Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here