Penduduk terputus hubungan

0
211

GUA MUSANG: Lebih 300 penduduk Kampung Aring 5, dekat sini, terperangkap apabila jambatan Sungai Aring tenggelam, sejak pagi tadi.

Sungai Aring naik melebihi jambatan kira-kira 8 pagi tadi, selepas hujan lebat sejak awal malam.

Penghulu Orang Asli Aring 5, Raina Anjang, berkata penduduk tidak boleh ke bandar untuk membeli barang keperluan kerana tiada jalan alternatif.

“Jambatan itu yang masih tenggelam tengah hari ini. Belum dapat dijangka bila air surut kerana masih hujan,” katanya di sini, hari ini.

Penduduk, Syaimi Hek @ Ab Hadi, 40, berkata kejadian itu pertama kali berlaku tahun ini.

Dia berkata, kebiasaannya kejadian serupa berlaku musim tengkujuh.

“Kalau air lambat surut, kita akan membina rakit buluh bagi memudahkan penduduk menyeberangi sungai,” katanya.

sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here