Penerima BPN diminta mengemaskini akaun bank

0
619
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

KUALA LUMPUR: Penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang mempunyai rekod data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) disarankan untuk mengemaskini maklumat akaun bank yang masih aktif. Khusus untuk penerima BPN yang telah diluluskan tetapi masih tidak menerima bantuan tersebut.

Kenyataan dari LHDN menyatakan bahawa kemaskini maklumat akaun bank penerima boleh dilakukan melalui aplikasi e-kemaskini di pautan pantas https://ez.hasil.gov.my/ci, selewat-lewatnya sehingga 30 April ini.

“Ini adalah bertujuan untuk membolehkan bayaran BPN dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan pada bulan Mei ini dengan mudah dan selamat.

“Penerima BPN dinasihati supaya menggunakan saluran rasmi dalam urusan mengemaskini maklumat bank kerana pihak LHDN juga tidak akan meminta TAC bagi tujuan penyaluran BPN.

“Bagi penerima BPN yang tiada rekod percukaian dengan LHDN pula, bayaran BPN mereka akan dibuat seperti yang sudah dimaklumkan dalam soalan lazim (FAQ) BPN di portal rasmi BPN atau melalui capaian pantas https://bpn.hasil.gov.my/Download/Faq/SoalanLazim(FAQ)BantuanPrihatinNasional(Kemaskini%2006042020).pdf.,” menurut kenyataan itu.

Di samping itu, bagi memberi kemudahan kepada pelanggan, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan boleh diajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000 atau HASiL Live Chat atau Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Selain itu maklumat juga boleh diperoleh di media sosial rasmi LHDN iaitu Facebook LHDNM dan Twitter LHDNMofficial.

Sumber: BERITA HARIAN

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here