Pengangguran naik 4.9 peratus pada Januari

0
86

KUALA LUMPUR: Tenaga buruh merekodkan prestasi pemulihan sederhana pada Januari lalu, dengan peningkatan kadar pengangguran sebanyak 4.9 peratus.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata pasaran buruh terus berdepan situasi mencabar tahun ini, berikutan peningkatan jumlah kes baharu COVID-19.

Berikutan pandemik itu, katanya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan mulai 13 Januari 2021 di kebanyakan negeri dan dilanjutkan sehingga 4 Februari lalu, dengan hanya lima sektor ekonomi penting dibenarkan beroperasi pada fasa berkenaan.

“Aktiviti perjalanan rentas negeri dan daerah dihadkan. Keadaan ini secara tidak langsung, memberi kesan terhadap momentum pemulihan perniagaan serta seterusnya pasaran buruh.

“Kedudukan tenaga buruh pada Januari 2021 pulih sederhana digambarkan melalui peningkatan bilangan tenaga buruh pada bulan berkenaan.

“Pertambahan penduduk bekerja lebih tinggi, berbanding peningkatan bilangan yang menganggur, sekali gus menunjukkan kenaikan permintaan buruh oleh perniagaan.

“Tenaga buruh pada Januari naik 0.2 peratus dengan tambahan sebanyak 31,500 orang, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 16.02 juta orang (Disember 2020: 15.99 juta orang),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sumber: Berita Harian

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here