Penghantar makanan ditahan miliki air ketum

0
171
Gambar Hiasan

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

PUTRAJAYA: Seorang penghantar makanan ditahan Khamis lalu selepas didapati membawa sebotol cecair dipercayai air ketum yang disimpan dalam kotak penyimpan makanan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hasan, berkata lelaki berusia 20 tahun itu ditahan pada jam 1.15 tengah hari, 9 April lalu ketika suspek yang bekerja dengan sebuah syarikat penghantar makanan itu melalui satu sekatan jalan raya di sini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hasan

Menurutnya, pemeriksaan terhadap badan lelaki berkenaan tidak menemui sebarang benda atau barang yang menyalahi undang-undang.

“Bagaimanapun, hasil pemeriksaan terhadap motosikal Yamaha 135 LC yang ditunggang lelaki itu, polis menemui satu botol bersaiz 1.5 liter yang mengandungi cecair hijau yang dipercayai air ketum, diletakkan di dalam kotak yang dipasang pada tempat duduk pembonceng motosikal itu.

“Ketika disoal siasat di tempat kejadian lelaki terbabit mengaku cecair di dalam botol itu adalah air ketum. Berikutan itu, pihak polis menahan lelaki berkenaan dan merampas air ketum terbabit untuk siasatan selanjutnya mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 kerana memiliki air ketum.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Rosly berkata, siasatan juga mendapati, lelaki itu mengakui air ketum itu adalah untuk kegunaan sendiri.

Sementara itu, beliau berkata, dalam kesibukan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), pihak polis sentiasa komited untuk membanteras jenayah dan dadah.

Justeru, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak terbabit dengan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai apa-apa maklumat jenayah atau penyalahgunaan dadah diminta menghubungi talian 03-88862145/ 03-88862213 atau balai polis berdekatan.

Sumber: BERITA HARIAN

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here