Peniaga Pekan Rabu berubah secara talian

0
41

ALOR SETAR: Kompleks Pekan Rabu, peniaga produk makanan di sini mengambil inisiatif berubah secara dalam talian untuk memasarkan produk masing-masing bagi menghabiskan stok bekalan sedia ada.

Baru-baru ini, ramai peniaga yang berniaga di kompleks perniagaan popular itu mula mengambil barangan di premis masing-masing untuk dibawa pulang ke rumah untuk dijual secara dalam talian.

Peniaga kuih tradisional, Muhammad Fakhrul Anwar, 25, berkata penambahan stok telah dilakukan oleh peniaga produk makanan di Kompleks Pekan Rabu sebelum penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula sebagai persediaan memenuhi permintaan yang biasanya tinggi pada musim cuti sekolah. 

Bagaimana pun katanya, peniaga hanya sempat menjual untuk tempoh tiga hari sebelum terpaksa menutup operasi susulan PKP dan menyebabkan produk masing-masing tidak dapat dijual.

“Bagi mengelak barangan seperti kuih tradisional seperti rempeyek, kerepek dan dodol serta ikan pekasam dan ikan masin rosak dan luput, saya mengambil inisiatif bawa pulang semuanya dan menjual di platform dalam talian,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Bagi Syed Muhammad Taufik Syed Khalid, 32, yang menjual ikan pekasam pula, sebaik sahaja PKP dikuatkuasakan, beliau terus menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp kepada semua pelanggannya untuk meminta mereka menghebahkan kepada kenalan mengenai produknya.

“Inisiatif ini tidaklah sebaik berniaga di kedai kerana kalau di kedai kebanyakkan yang datang adalah pelanggan-pelanggan baharu, mereka lebih suka memilih sendiri mengikut saiz dan jenis ikan yang mereka minati,” katanya.

Peniaga makanan tradisional dan kuih-muih, Yunus Ramli, 61, yang sudah berniaga selama 30 tahun di situ turut beralih kepada platform dalam talian, walaupun pada usia emas kaedah itu dilihat agar sukar baginya.

Namun, beliau bersyukur kerana anaknya, Nurul Syuhada Yunus, 24, banyak membantunya melakukan promosi di media sosial seperti Facebook, Twitter serta WhatsApp dan seterusnya menghantar pesanan melalui penghantaran fizikal jika berdekatan atau pos sekiranya lokasi agak jauh.  

“Pada mulanya saya mengambil inisiatif menampal pelekat di pintu pagar rumah-rumah untuk mengiklankan kepada penduduk kampung mengenai barangan yang tidak terjual di kedai, namun selepas itu anak saya membantu promosi secara atas talian.

Sumber: BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here