Peniaga tertipu, tapak niaga dirampas jadi tapak kondo

0
684

KUALA LUMPUR : Beberapa bulan lalu, media mendedahkan nasib peniaga di Selangor yang rasa tertipu apabila mereka tidak diberi pengecualian sewa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diberi lesen tetapi tidak dibenar berniaga.

Bagaimanapun bagi 41 peniaga di medan selera Kuchai Lama terkejut apabila menerima notis daripada sebuah syarikat swasta yang dilantik untuk merobohkan tapak berkenaan pada waktu terdekat.

Wakil peniaga, Hussein Chou Abdullah berkata syarikat itu dilantik oleh sebuah syarikat swasta lain yang kini penjadi pemilik tanah berkenaan yang sebelum ini adalah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Katanya, puluhan peniaga di medan selera ini sudah berniaga sejak 2008 di bawah pihak penyewa tapak Revolusi Rancak Sdn Bhd serta lesen perniagaan oleh DBKL.

“Kami menerima notis berkenaan yang menyebut pada 27 Julai hingga 12 Ogos ini pihak terbabit akan datang untuk membuat penilaian bagi meroboh bangunan.

“Kami dimaklumkan tapak ini sudah dipindah milik secara tiba-tiba oleh DBKL pada 2017 kepada pihak swasta dipercayai untuk projek pembangunan kondominium mewah.

“Ia amat mengejutkan kerana puluhan peniaga gerai makan dan salun di sini bakal hilang tapak mencari rezeki serta merta.

“Malah lebih mengejutkan DBKL hanya memperbaharui lesen perniagaan setiap bulan bukan tahunan seperti kebiasaan,” katanya kepada wartawan.

Dalam pada itu, katanya susulan itu pihak peniaga memohon kerjasama Pertubuhan Ikatan Usahawan (IKHLAS) sebagai orang tengah bagi menyelesaikan masalah di sini sekurang-kurangnya para peniaga tidak kehilangan tapak mencari sumber rezeki.

“Sekurang-kurangnya pihak DBKL menyediakan tapak niaga lain terlebih dahulu sebelum merobohkan bangunan dan menggantikan tapak ini.

“Medan selera ini beroperasi setiap hari dari petang hingga tengah malam mengikut SOP PKPP,” katanya

Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here