Penjawat awam diminta segera daftar Program Imunisasi COVID-19

0
86

PUTRAJAYA: Penjawat awam diminta segera mendaftar melalui MySejahtera untuk mendapatkan suntikan vaksin, sekali gus membantu melandaikan keluk kes COVID-19.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata pemberian vaksin itu diharap mampu mengembalikan kehidupan rakyat di negara ini seperti sediakala.

“Semoga usaha ini dapat melandaikan keluk jangkitan COVID-19 supaya kita semua dapat kembali menikmati kehidupan seperti sediakala, insya-Allah.

“Saya juga berharap semua penjawat awam segera mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, melalui aplikasi MySejahtera.

“Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang memberi komitmen dalam membendung wabak #COVID-19,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Mohd Zuki turut memaklumkan dirinya selesai menerima suntikan vaksin COVID-19 kira-kira jam 1 tengah hari tadi di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya, Presint 11, di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here