Pesara didenda RM2,000 hantar komunikasi jelik

0
27

KUALA LUMPUR: Seorang pesara yang mengaku salah memulakan hantaran komunikasi jelik terhadap Menteri Kesihatan, Datuk Sri Dr Adham Baba di laman Facebook Mac lalu, didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini.

Hakim M M Edwin Paramjothy yang menjatuhkan hukuman itu ke atas Abdullah Sani Ahmad, 57, dalam keputusannya, berkata mahkamah mengambil kira gaya bahasa hantaran dilakukan tertuduh tidak keterlaluan.

Hakim itu berkata, mahkamah bagaimanapun bersetuju dengan hujahan pendakwaan Orang Kena Saman (OKS) perlu lebih sensitif ketika membuat hantaran di laman sosial boleh dibaca orang ramai.

Jika gagal membayar denda itu, hakim mengarahkan OKS dipenjara sebulan.

Sumber-Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here