Pesawat perisik AS masuk zon larangan China

0
279

BEIJING: China mendakwa sebuah pesawat pengintip Amerika Syarikat (AS) memasuki zon larangan terbang yang digunakan oleh tentera China untuk latihan tembakan, sekali gus mewujudkan tindakan provokasi, kata media negara itu.

Penerbangan jet pengintai U-2 ke sebuah kawasan di utara China melanggar peraturan keselamatan antara kedua-dua negara, lapor agensi berita Xinhua, memetik jurucakap Kementerian Pertahanan China, Wu Qian pada Selasa.

“Tindakan AS berkenaan pastinya akan mengakibatkan salah faham malah mendatangkan kemalangan,” kata laporan itu, sambil menambah bahawa tindakan itu adalah provokasi yang jelas.

“China dengan tegas menentang tindakan provokatif sedemikian dan sudah menghantar pemakluman berkenaan kepada pihak AS,” katanya.

Kemarahan Beijing muncul ketika hubungan AS dan China merosot ke tahap terendah bersejarah, dengan konfrontasi yang memuncak pada masalah perdagangan, ketenteraan dan politik.

Dari segi ketenteraan, tentera laut AS kerap melakukan operasi di dekat Taiwan dan di Laut China Selatan, sekali gus seakan mencabar tuntutan wilayah itu oleh China. – AFP

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here