Petronas lancar filem web animasi Yi Qi

0
83

SHAH ALAM – Petronas menyambut kedatangan Tahun Baharu Cina dengan melancarkan filem web animasi Yi Qi iaitu kisah meneroka tema perpaduan, keberanian, harapan dan ketabahan melalui kehidupan sebuah kota mitos serta penduduknya yang unik.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Anita Azrina Abdul Aziz berkata, kisah itu berkisar di tanah mitos yang penghuninya ialah penari tarian singa hidup harmoni dengan bergerak dan menari mengikut rentak irama dram di sebuah kota yang sibuk.

Bagaimanapun, kejadian tidak dijangka telah berlaku menyebabkan semuanya terhenti, namun penari tarian singa itu berani dan bangkit semula sekali gus memberikan inspirasi kepada harapan baharu.

Menurut Anita Azrina, Yi Qi bermaksud ‘bangkit bersama’ yang melambangkan keberanian, harapan dan ketabahan yang perlu diterapkan rakyat Malaysia sebagai sebuah negara khususnya dalam memerangi pandemik Covid-19 serta ketidaktentuan ekonomi.

“Saya berharap filem web ini dapat mengingatkan rakyat Malaysia supaya terus memanfaatkan keberanian mereka dalam mencari permulaan dan kebangkitan baharu dalam tempoh sukar ini.

 

“Walaupun rentak kehidupan berubah sejak tahun lalu, kita tidak boleh lupaada semangat besar yang memberi kekuatan mewujudkan rentak baharu menyesuaikan diri dengan normal baharu,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Yi Qi boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Petronas dan laman Facebook bermula 8 Februari 2021.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here