‘PH hanya luluskan 70 projek rundingan terus’

0
17

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendakwa hanya 70 daripada 101 projek rundingan terus diluluskan sepanjang 22 bulan pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Keseluruhan projek itu dikatakan membabitkan nilai perolehan RM352 juta atau 0.07 peratus daripada keseluruhan nilai projek rundingan terus RM6.61 bilion yang didedahkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Isnin lalu.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bagan itu berkata, baki 31 projek membabitkan nilai perolehan RM6.26 bilion diwarisi daripada pentadbiran terdahulu diterajui Barisan Nasional (BN).

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here