Pihak pentadbir perlu ambil kira aspek keselamatan, patuhi SOP penyelenggaraan bangunan

0
123
Tempat kejadian mangsa, Rosle Abdul Aziz, 54 yang maut terjatuh dari tingkat satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah, Tanah Merah. – Foto Nik Abdullah Nik Omar

KUALA LUMPUR: Pihak pentadbir terutama pengetua dan guru besar tidak boleh mendedahkan guru dengan risiko di luar bidang kerja mereka.

Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan, berkata pihaknya kesal dengan insiden kematian seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah, Allahyarham Rosli Abdul Aziz, 54 yang maut selepas terjatuh dari balkoni tingkat satu bangunan sekolah itu ketika melakukan persiapan akhir sebelum pembukaan semula sekolah.

“Saya bersimpati terhadap tragedi yang menimpa Allahyarham Cikgu Rosli. Sepatutnya guru tidak dibebankan untuk melakukan kerja di luar bidang bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku.

“Pihak pentadbir terutama pengetua atau guru besar perlu mengambil kira aspek ini dan mematuhi SOP penyelenggaraan bangunan sekolah kerana tindakan guru itu bukan dalam bidangnya,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, hari ini.

Mohd Azizee turut menegaskan, sewajarnya arahan bertulis secara rasmi perlu dikeluarkan oleh pihak sekolah sekiranya memerlukan khidmat guru melaksanakan tugas di luar bidang hakiki.

Beliau turut menyarankan bilangan juruteknik yang menguruskan penyelenggaraan di sekolah ditambah bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

“Sudah tiba masanya bilangan juruteknik ditambah bagi memastikan urusan penyelenggaraan ini dapat ditangani mengikut kapasiti gred sekolah,” katanya.

Semalam, seluruh negara dikejutkan dengan berita kematian Allahyarham Rosli yang disahkan maut akibat kecederaan parah di kepala akibat terjatuh dari balkoni tingkat satu bangunan sekolah berkenaan.

Allahyarham Rosli yang berkhidmat sebagai guru sejak 17 tahun lalu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pondok Lama, Tanah Merah, hari ini.

Sumber:Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here