PKPB: Tiga wanita ditahan maki polis tegur main mercun

0
56

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUANTAN: Tiga wanita ditahan selepas mengeluarkan perkataan kesat dan menghalang tugas polis yang menegur tindakan salah seorang daripada mereka bermain mercun di sebuah taman perumahan di Kerayong, Bera dekat sini.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, semua suspek mempunyai hubungan keluarga dan berusia antara 21 hingga 45 tahun itu ditahan jam 8.45 malam, Rabu lepas oleh pasukan yang menjalankan operasi pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan terbabit.

Katanya, salah seorang suspek dilihat membaling mercun menyebabkan pegawai polis berhenti di hadapan rumah itu untuk menasihatkannya supaya tidak meneruskan perbuatan tersebut, namun ia menyebabkan suspek marah.

“Ketika itu, seorang wanita yang menaiki kereta Proton Waja tiba di perkarangan rumah itu dan mengeluarkan kata-kata terhadap pegawai polis sebelum seorang lagi wanita keluar dari rumah dan melakukan perbuatan sama.

“Pegawai itu memberi nasihat kepada suspek untuk menghentikan perbuatan itu, namun mereka enggan memberi kerjasama selain turut menghalang polis daripada melakukan tugas,” katanya menerusi kenyataan media di sini, pada Jumaat.

PKPB: Tiga wanita ditahan maki polis tegur main mercun

Mansor berkata semua suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Selain itu, siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang tugas penjawat awam yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda tidak kurang RM10,000 atau kedua-duanya serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang boleh didenda tidak lebih RM100 kerana mengeluarkan kata kesat.

“Polis menasihatkan orang awam untuk tidak bermain mercun atau apa-apa jenis bahan letupan dan patuh kepada arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.

– BERNAMA

Sumber: BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here