PKPD: Kawalan ketat di Felda Tersat

0
111

HULU TERENGGANU: Suasana di penempatan Felda Tersat, di sini sunyi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di penempatan itu bermula jam 12.01 tengah malam, tadi.

Tinjauan di penempatan itu mendapati kawalan ketat oleh anggota polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) termasuk memasang kawat berduri di pintu masuk bagi mengawal pergerakan keluar masuk di kawasan berkenaan.

Meskipun, ada yang cuba untuk keluar dengan memberi pelbagai alasan, mereka akur dan memberi kerjasama selepas mendapat penjelasan daripada anggota yang bertugas.

Terdapat beberapa kenderaan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan penerangan sahaja yang dibenarkan keluar masuk ke kawasan berkenaan.

Semalam, kerajaan mengumumkan dua lokaliti di daerah ini iaitu selain Felda Tersat dan Tapak Bina Kuarters Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kuala Berang, di sini, yang bermula hari ini sehingga 17 Februari ini.

Sehingga 1 Februari 2021, KKM sudah melaksanakan 420 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 45 kes positif COVID-19 telah direkodkan.

PKPD memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar yang membabitkan 583 penduduk di 198 rumah serta mengawal jangkitan dalam komuniti di felda berkenaan.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here