SIBU: Seorang pelajar perempuan tingkatan 3 antara 15 individu yang ditahan polis dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Pahlawan petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Collin Babat, berkata remaja perempuan dan 14 yang lain sedang leka berkaraoke dan minum minuman keras ketika serbuan dibuat oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sibu.
Collin berkata, kesemua yang ditahan terdiri daripada 10 lelaki dan lima wanita berusia antara 15 hingga 47 tahun.
“Pemilik premis, seorang lelaki berusia 47 tahun turut ditahan atas kesalahan beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya.
Sumber: BERITA HARIAN
infected