PM luang masa lawat PKS

0
17

MUAR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa melawat perusahaan kecil dan sederhana (PKS), De Muara Enterprise, di Bukit Gambir, Tangkak, dekat sini, pagi ini.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, tiba kira-kira jam 9.05 pagi diiringi Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad.

Turut hadir, isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Ini adalah kali pertama Muhyiddin kembali ke kawasan Parlimennya di Pagoh secara rasmi selepas kelonggaran diberikan susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pada lawatan kira-kira 40 minit itu, Muhyiddin, Norainee dan Hasni dibawa melawat bengkel De Muara Enterprise bagi meninjau pembuatan pes perencah pelbagai makanan berindentiti Johor termasuk mee bandung, soto, asam pedas, mee rebus selain sambal ikan bakar.

Muhyiddin juga turut mencuba mesin pembungkusan pes di situ, selain meninjau produk yang dihasilkan De Muara.

Sumber-Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here