PM Lubnan letak jawatan

0
88

BEIRUT: Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab mengumumkan peletakan jawatan pada Isnin, seminggu lepas tragedi letupan besar di pelabuhan Beirut yang mengorbankan lebih 200 orang Selasa lalu.

Diab, 61, yang membuat pengumuman itu secara langsung di televisyen, mengundurkan diri ketika keadaan semakin tegang dengan penunjuk perasaan yang marah dengan kejadian letupan itu, terus bertempur dengan pihak keselamatan di tengah bandar raya Beirut.

“Hari ini kita akur dengan tuntutan mereka yang mahukan mereka yang bertanggungjawab terhadap tragedi ini.

“Inilah sebabnya mengapa hari ini saya mengumumkan pengunduran diri dari pemerintah.

“Saya mengumumkan peletakan jawatan kerajaan ini. Semoga tuhan melindungi Lubnan,” katanya yang disiarkan di televisyen.

Diab yang juga bapa kepada tiga anak, memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam kejuruteraan komputer University of Bath pada 1985 dan kemudiannya bertugas di America Universiti of Beirut sebagai Pembantu Profesor ketika berumur 26 tahun.

Beliau pernah menjadi Menteri Pendidikan bermula dari 2011 hingga 2014.

Diab dilantik sebagai Perdana Menteri Lubnan pada 21 Januari lalu. – AFP

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here