PM ucap takziah pemergian Prebet Ujang

0
141

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini merakamkan rasa sedih dan ucapan takziah atas pemergian veteran tentera dalam era Perang Dunia Kedua, Prebet Ujang Mormin, petang kelmarin.

Perdana Menteri yang memuat naik ucapan takziah itu melalui Facebook, turut mendoakan supaya roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

“Semoga segala jasa serta pengorbanan yang dicurahkan Allahyarham mendapat ganjaran sebaik-baiknya daripada Allah SWT.

“Allahyarham adalah perwira negara yang berjuang bersama-sama pejuang tanah air, Allahyarham Leftenan Adnan Saidi menentang penjajah Jepun sekitar tahun 1942,” katanya.

Ujang, 100, meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 di Hospital Sungai Buloh, kelmarin.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here