Polis berjaya tumpaskan ‘Geng Pau Lou’

0
208

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan ‘Geng Pau Lou’ dianggotai dua lelaki yang dipercayai aktif melakukan jenayah pecah rumah di sekitar Gombak, dekat sini, sejak awal tahun ini.

Dalam operasi pada jam 8 malam tadi, kedua-kedua suspek berusia 42 dan 50 tahun itu diberkas ketika menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Jalan 46, Selayang Baru, Gombak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata hasil soal siasat terhadap suspek membawa kepada penemuan sebuah rumah di Selayang Baru yang menjadi lokasi mereka menyimpan barangan rompakan berkenaan.

“Polis merampas tiga komputer riba, 20 beg tangan selain beberapa barangan untuk melakukan kegiatan pecah rumah termasuk pemutar skru bagi membantu siasatan.

“Turut disita, sebuah kereta Toyota Harrier dan Perodua Myvi yang dinaiki suspek ketika ditahan. Pemeriksaan mendapati Myvi itu dilaporkan hilang di Damansara tahun lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, dekat sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Arifai berkata, pihaknya yakin kedua-dua suspek itu terbabit secara langsung dalam 21 kes pecah rumah yang dilaporkan di sekitar Gombak pada tahun ini.

“Kumpulan ini aktif melakukan kegiatan pecah rumah antara jam 6 petang sehingga 9 malam.

“Mereka memilih waktu berkenaan kerana kebiasaannya tiada orang di rumah kerana penghuni keluar untuk makan malam,” katanya.

Sumber: BERITA HARIAN

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here