Polis buru 14,000 rakyat Malaysia gagal jalani ujian saringan kali kedua

0
59

KUALA LUMPUR: Polis akan memburu lebih 1,400 rakyat Malaysia yang kuarantin 14 hari di rumah selepas pulang dari luar negara tetapi masih belum menjalani ujian saringan COVID-19 kali kedua hingga kini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata golongan itu wajib menjalani saringan kedua pada hari ke-13 selepas didapati negatif pada ujian pertama.

Jika gagal berbuat demikian, beliau berkata, mereka melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan serta akan dikenakan tindakan bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Ada 1,400 orang yang degil ini. Insya-Allah, kita akan menghantar polis untuk mencari mereka supaya menjalani ujian saringan kali kedua.

“Justeru, sama ada mereka hendak menunggu polis datang atau sendiri pergi ke klinik atau menelefon pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membuat temu janji bagi melakukan ujian saringan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya, hari ini.

Sumber: BERITA HARIAN

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here