Polis cari pemilik akaun FB ugut bunuh Uggah

0
149

KUCHING : Polis membuka kertas siasatan berhubung ayat berbaur ugutan jenayah terhadap Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang dibuat seorang pemilik akaun Facebook (FB), semalam.

Ugutan itu dibuat dalam ruangan komen ketika Uggah sedang mengadakan sidang media harian perkembangan COVID-19 Sarawak yang disiarkan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) menerusi FB Live.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung perkara berkenaan.

“Ya, polis ada menerima laporan dan kertas siasatan sudah dibuka,” katanya ringkas ketika dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp, hari ini.

Ketika sidang media itu disiarkan jam 4 petang semalam, pemilik akaun ‘Alexis Imang’ menulis komen

berbaur ugutan terhadap Uggah.

Susulan itu, ramai netizen mengecam pemilik akaun terbabit dengan ramai yang mahu polis bertindak sewajarnya.

Bagaimanapun, semakan mendapati nama serta gambar pemilik akaun FB itu adalah seorang murid sebuah sekolah rendah di Batu Kawa.

Sumber : Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here