Polis kawal ketat pergerakan vaksin COVID-19 di Sabah

0
95

KOTA KINABALU: Polis Sabah akan memperketatkan kawalan keselamatan ke atas bekalan vaksin COVID-19 kumpulan pertama jenis Pfizer-BioNTech yang dijadualkan tiba Khamis ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali, berkata ia termasuk kawalan sejurus bekalan vaksin tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Katanya, polis akan mengiringi kenderaan yang dikhaskan membawa vaksin berkenaan sepanjang perjalanan dari KKIA ke pusat penyimpanan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) serta beberapa pusat penyimpanan lain sebelum diagihkan apabila tiba hari pemberian suntikan.

“Kita juga akan melakukan penghantaran bekalan vaksin sama ke Labuan pada hari sama sejurus vaksin tiba di Kota Kinabalu.

“Penghantaran dijangka menggunakan kapal terbang milik Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor menerusi kenyataan media mengesahkan akan hadir bagi menyambut ketibaan vaksin berkenaan di KKIA, Khamis ini.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here