Polis kesan 2 remaja terbabit kejadian pukul, sepak

0
649

TANAH MERAH: Polis sedang mengesan dua remaja perempuan yang terbabit dalam kejadian memukul seorang gadis dalam kejadian dikatakan berlaku di daerah ini.

Dalam video tular sejak semalam itu, mangsa yang dipercayai berusia belasan tahun ditolak dan disepak berkali-kali oleh dua remaja terbabit.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf, berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kes berkenaan, tetapi dimaklumkan ia berlaku di daerah ini.

“Mangsa juga masih belum dikenal pasti dan kita sedang berusaha mengesan semua mereka terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam video berdurasi 30 saat itu, seorang remaja perempuan dilihat menolak dan kemudian menyepak mangsa beberapa kali.

Mangsa yang tidak melawan kemudiannya dipukul seorang lagi remaja lain dan menerusi audio rakaman itu juga, video itu dibuat untuk mengugut mangsa.

Zainuddin berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut walaupun tidak menerima laporan kes berkenaan.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here