Polis menyelamatkan warga asing, mangsa pemerdagangan

0
143

KULIM: Polis menyelamatkan 28 lelaki warga asing yang disyaki mangsa pemerdagangan orang bagi tujuan buruh paksa di sebuah rumah di Taman MBI Desaku, Padang Serai, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad berkata, pemeriksaan ke atas rumah terbabit dilakukan pada 2.30 pagi selepas menerima maklumat berhubung kes berkenaan.

“Mereka yang diselamatkan terdiri daripada 13 warga Bangladesh, lapan warga India dan tujuh warga Pakistan berumur antara 21 hingga 44 tahun.

“Kesemua mereka dipercayai tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sapii berkata, siasatan awal mendapati mereka dikatakan baru tiba dari Kuala Lumpur dan diletakkan di rumah berkenaan sebagai tempat penampungan sementara sebelum dihantar ke tempat lain bagi tujuan pemerdagangan.

Katanya, ketika serbuan dibuat, seorang lelaki disyaki penjaga berjaya melarikan diri dengan melintas jalan raya Kulim-Baling sebelum masuk ke kawasan hutan.

“Lelaki terbabit turut meninggalkan sebuah kereta pacuan empat roda dan pihak polis masih mengesan pemilik kenderaan itu untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Anti Pemerdagangan Orang Dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

Sumber: Harian Metro

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here