Potongan separuh denda ingkar SOP

0
134

PUTRAJAYA: Individu dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) boleh mendapat potongan 50 peratus, jika membayarnya dalam masa tujuh hari.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan, berkata orang kurang upaya (OKU) atau miskin juga boleh merayu jika tidak mampu untuk membayar kompaun kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Seseorang individu atau syarikat yang disaman dan dikenakan amaun tertentu, jika mereka membayar dalam tempoh satu ke tujuh hari, secara automatik dapat diskaun 50 peratus,” katanya hari ini.

Beliau berkata, mulai 1 April ini, pasukan penguatkuasaan pelaksanaan SOP dianggotai polis, tentera, RELA, penguat kuasa PBT.

Berita lanjut menyusul

sumber:berita harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here