PREC berat sebelah terhadap usahawan IKS di SACC Mall

0
122

Shah Alam: Lebih 60 premis milik usahawan IKS membuat aduan berkenaan isu penindasan oleh PKNK Real Estate Company (PREC) iaitu anak syarikat PKNS.

Aduan tersebut dikendalikan oleh Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil & Sederhana (Ikhlas), Datuk Mohd Ridzuan Abdullah. Beliau menyatakan bahawa mereka tidak teragak-agak menggerakkan kesemua 111 wakil NGO itu dari seluruh negara sehingga masalah sewa premis diselesaikan segera.

“Kita bagi masa sampai 15 Julai ini, kalau tiada tindakan Ikhlas akan desak Kerajaan Negeri Selangor dengan membawa semua NGO kita dari seluruh Malaysia untuk selesaikan masalah ini.

“Selama ini pihak kami masih berlembut, hantar surat pun pengurusan premis buat bodoh saja, buat tak reti saja.

“Ia melibatkan periuk nasi peniaga, SACC Mall di bawah kerajaan negeri. Mana dia kerajaan negeri yang laung-laungkan prihatin dan mahu jaga hak rakyat,” katanya pada sidang media di SACC Mall, hari ini.

Beliau mengulas rintihan peniaga-peniaga di Kompleks PKNS dan SACC Mall yang kehilangan sehingga 90 peratus pelanggan akibat pandemik Covid-19.

Lebih memeritkan lagi apabila kesemua peniaga yang menyewa premis di sini tidak diberikan pengecualian bayaran sewaan sehingga enam bulan sebagaimana yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Berikutan dengan isu ini, beberapa orang peniaga mengadu kepada kami bahawa mereka dilayan secara berat sebelah oleh pihak PREC.

“Kita tak boleh letak lebih dari dua patung dekat luar kawasan butik kalau tidak kita kena saman. Satu patung dikenakan saman sebanyak Rm50.

“Tapi bila kita lihat orang lain letak banyak patung depan kedai dia, orang tak marah.

Tambahan lagi, interest yang dikenakan kepada mereka apabila tidak bayar sewa selama 2 hingga 3 bulan adalah tinggi. Parking yang perlu dibayar juga adalah mahal kadang kadang sampai RM12 dalam satu masa. Ramai pemilik butik terpaksa memberhentikan pekerja mereka untuk mengurangkan kos.

Setakat hari ini, premis yang aktif di SACC Mall hanyalah 74 premis daripada 126. Mereka mengadu bahawa bukannya mereka tidak mahu membayar sewa, tetapi disebabakan tiada sale mereka tidak dapat menampung sewa permis tersebut.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here