Premis kerajaan negeri di Kota Setar ditutup

0
26

ALOR SETAR: Semua premis kerajaan negeri dan operasi perkhidmatan awam Kedah di daerah Kota Setar ditangguh sehingga 25 September depan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara Pentadbiran, hari ini.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Syed Shaharuddin Syed Abdullah, berkata ketua jabatan diminta memberi peringatan kepada penjawat awam untuk melakukan tugasan dan kekal berada di rumah serta memastikan sentiasa boleh dihubungi dalam tempoh waktu bekerja.

Katanya, penjawat awam termasuk pegawai hanya boleh hadir ke pejabat tertakluk kepada arahan ketika ketua jabatan pada masa difikirkan sesuai .

“Penjawat awam dibenarkan membawa pulang aset kerajaan seperti komputer riba dan dokumen berkaitan tugasan kecuali dokumen dikategorikan sebagai rahsia.

Anggota polis meletakkan kon penghadang jalan di Lebuhraya Darulaman pagi tadi berikutan PKPD secara Pentadbiran di kawasan jangkitan Kluster Sungai dan Kluster Telaga. - NSTP/Amran Hamid
Anggota polis meletakkan kon penghadang jalan di Lebuhraya Darulaman pagi tadi berikutan PKPD secara Pentadbiran di kawasan jangkitan Kluster Sungai dan Kluster Telaga. – NSTP/Amran Hamid

“Pegawai keselamatan perlu berada di pejabat untuk mengawal keselamatan premis bagi mengelak pencerobohan, kecurian dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Syed Shaharuddin berkata, semua projek fizikal yang tidak kritikal, perancangan dan urusan perolehan juga ditangguhkan.

Beliau turut menegaskan tindakan tatatertib boleh diambil terhadap pegawai yang gagal mematuhi perkara terbabit melainkan mendapat kebenaran ketua jabatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here