Presiden PAS, MIC tiba di Bangunan Perdana Putra

0
33

 

PUTRAJAYA: Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran tiba di Bangunan Perdana Putra kira-kira jam 9.20 pagi, diikuti Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Difahamkan, sebelum mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijangka mengadakan pertemuan dengan presiden parti dalam Perikatan Nasional (PN) hari ini.

Turut kelihatan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang tiba pada jam 9.27 pagi tadi.

BH semalam melaporkan, Muhyiddin dijadual mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri, pagi ini.

Bagaimanapun, agenda mesyuarat di Putrajaya pagi ini tidak diketahui, namun dipercayai bagi membincangkan keputusan mesyuarat khas Raja-Raja Melayu petang semalam, selain beberapa urusan kerajaan.

Sumber : Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here