Program Pemerkasaan Komuniti senjata bendung COVID-19

0
83

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, komuniti perlu meningkatkan usaha memainkan peranan sebagai pejuang barisan hadapan dalam menangani pandemik COVID-19.

Perdana Menteri berkata, usaha itu ialah antara kaedah atau pendekatan terbaik bagi mengekang penularan jangkitan dalam komuniti.

“Sehingga vaksin dapat mencapai sasaran ditetapkan, kita masih mengharungi suatu tempoh yang sukar dalam memerangi COVID-19. Walaupun kes positif baharu kini semakin menurun, namun bilangan kes masih tinggi.

“Usaha ini tidak akan dapat mencapai matlamat jika tidak didukung setiap lapisan masyarakat. Justeru, Program Pemerkasaan Komuniti adalah senjata yang kita ada dalam usaha untuk bersama membendung penularan virus COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Pemerkasaan Komuniti secara maya, hari ini.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here