Proses PRK Chini berjalan lancar tanpa gangguan

0
24

PEKAN; Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, berjalan lancar tanpa sebarang gangguan, dengan tiada laporan polis diterima sejak pusat pengundian mula dibuka pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari, ini.

Ketua Polis Pahang Datuk Abd Jalil Hassan berkata, anggota dan pegawai polis yang ditugaskan pada hari ini juga telah dipertingkat kepada lebih 700 petugas, berbanding pada hari penamaan calon 399 petugas.

Berdasarkan pemerhatian di 13 pusat mengundi yang mula dibuka 8 pagi tadi, tiada sebarang bentuk kekacauan yang berlaku.

“Proses pengundian di semua pusat itu berjalan dengan lancar dan tenang, mengikut kebiasaan baharu akibat pandemik COVID-19,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

PRK Chini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional Mohd Sharim Md Zain, 41, dan dua calon Bebas iaitu Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49.

Sumber: BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here