PRU-15 boleh berlaku bila-bila masa

0
201

KANGAR: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dijangka boleh berlaku pada bila-bila masa apabila diputuskan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, berkata pihaknya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk kemungkinan pembentukan Kerajaan Pusat baharu.

“Jika kita rasa bahawa kita sudah berjaya mengambil hati rakyat, jadi ia adalah masa sesuai untuk kita mendapat kerajaan baharu melalui pilihan raya bagi menentukan mandat.

“Terpulang kepada Tan Sri Muhyiddin sebagai pemimpin untuk menentukan bila dan masa yang sesuai bagi membubarkan Parlimen.

“Kami di peringkat menteri (ketika ini) bekerja sebaik mungkin seolah-olah esok adalah pilihan raya,” katanya ketika ditemui di sini, petang semalam.

Terdahulu Khairuddin mengunjungi Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin di kediamannya di Sanglang.

Sementara itu, Hashim mendedahkan PAS pernah meminta diadakan PRU-15 ketika berlaku krisis pelantikan Perdana Menteri membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang meletak jawatan secara mengejut Februari lalu.

Sumber-Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here