Puspanita sumbang RM226,927 kepada empat tabung COVID-19

0
26

PUTRAJAYA, 18 Jun — Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) menyampaikan sumbangan berjumlah RM226,927 kepada empat tabung bantuan COVID-19.

Sumbangan disampaikan isteri Perdana Menteri merangkap Penaung Puspanita Puan Sri Norainee Abdul Rahman pada Majlis Aspirasi Puspanita di sini hari ini, dengan disaksikan Ketua Setiausaha Negara yang juga Penasihat Puspanita Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Norainee menyampaikan sumbangan RM170,427 kepada Tabung Akaun Khas Sumbangan Perubatan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) manakala Tabung COVID-19 di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pula menerima sumbangan sebanyak RM25,000.

Tabung Musaadah COVID-19 di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerima sumbangan RM16,500 manakala Tabung Prihatin YKN-JKM di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pula menerima sumbangan RM15,000.

Jumlah terkumpul RM226,927 itu ialah hasil sumbangan daripada Cawangan Puspanita dari seluruh negara.

Sumber– BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here