Rakyat perlu waspada manipulasi sentimen kaum – PM

0
138

PUTRAJAYA: Rakyat negara ini perlu berwaspada terhadap manipulasi sentimen kaum oleh ahli politik, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, sentimen kaum sememangnya menjadi cabaran utama dialami hampir semua negara yang berbilang kaum.

Justeru, katanya, rakyat negara ini perlu mengelakkan pelaku politik yang cuba menaikkan saham politik masing-masing melalui eksploitasi perasaan kaum.

“Kita sedar, rakyat negara ini tidak akan sekali-kali mengorbankan kesepaduan sosial dan perpaduan di negara yang kita kecapi ini demi matlamat peribadi.

“Kerajaan juga tidak akan sekali-kali berkompromi dalam perkara yang boleh mengganggu-gugat perpaduan negara,” katanya ketika melancarkan Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2030, secara maya, pagi ini.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here