RAMAI YANG MENANTI BILA AKAN MASUK DUIT BPN

0
74

 

Inisiatif kerajaan menyediakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 merupakan satu inisiatif yang sangat baik dalam membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Bayaran fasa pertama BPN 2.0 berjumlah RM 7 bilion akan disalurkan kepada 10.6 juta penerima sedia ada secara berperingkat bermula 26 Oktober ini.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, bayaran BPN ini akan dibayar secara ansuran iaitu pada hujung Oktober dan keduanya pada Januari 2021.

Pemohon boleh membuat permohonan BPN 2.0 menerusi laman web Lembaga Hasil atau dengan menghantar borang secara persendirian ke cawangan Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Bagi permohonan rayuan BPN ini boleh dimohon bermula 15 Oktober sehingga 15 November 2020. Permohonan ini dibuka kepada golongan yang belum pernah menerima BPN sebelum ini, termasuk golongan yang terjejas akibat penularan Covid-19. Bagi proses rayuan yang telah diluluskan, bayaran akan dibuat secara sekaligus pada Januari 2021.

Sumber: Bernama via Oh Bulan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here