Rebut peluang beli kereta baharu

0
155

Kuala Lumpur: Langkah kerajaan memberi pengecualian cukai jualan kepada kenderaan penumpang bermula 15 Jun tahun lalu menggalakkan orang ramai membeli kereta baharu kerana menawarkan penjimatan tinggi.

Eksekutif di sebuah syarikat minyak dan gas tempatan, Mohd Khairul Mohd Yusof, berkata menerusi inisiatif itu, ia menggalakkan rakyat berbelanja ketika krisis, sekali gus membantu ekonomi berkembang.

Beliau juga turut mengambil peluang untuk membeli kereta baharu kerana meraih penjimatan banyak.

“Saya memang sudah lama merancang membeli kereta baharu. Jadi, apabila inisiatif ini diperkenalkan, ia ibarat ‘orang yang mengantuk disorongkan bantal’.

“Mengapa perlu beli kemudian jika boleh beli lebih murah sekarang,” katanya.

Sementara itu jurutera di sebuah syarikat swasta, Farid Salehan, turut sependapat menyokong langkah kerajaan itu kerana selain mendapat diskaun, ia membantu merancakkan ekonomi negara terutamanya dalam industri automotif.

Rakyat katanya, juga boleh meraih penjimatan yang mana wang daripada penjimatan itu boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan lain.

“Kereta satu keperluan tidak kira ketika COVID-19 atau tidak dan memandangkan pengecualian cukai lebih tinggi untuk kereta pemasangan tempatan (CKD), dapat merancakkan industri kereta tempatan,” katanya menambah meraih penjimatan RM5,800 daripada pengecualian cukai itu.

Pegawai badan berkanun, Siti Farizahani Abdul Rashid, berkata menerusi pengecualian cukai jualan itu, beliau dapat penjimatan sehingga RM6,000 apabila membeli Proton X50 dilancarkan akhir Oktober lalu.

“Inisiatif kerajaan ini amat membantu. Saya sudah lama merancang untuk membeli kereta baharu dan kebetulan kerajaan menawarkan pengecualian cukai, maka saya terus menyambar peluang ini,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here