Ringgit dibuka lebih rendah

0
24

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini meskipun harga minyak mentah lebih tinggi, dengan minyak Brent meningkat kepada AS$40 setong, kata penganalisis.

Pada 9.15 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.1550/1650 berbanding dolar AS daripada 4.1540/1580 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata ringgit mengalami kesukaran untuk mencatatkan pergerakan meningkat yang kukuh susulan kebimbangan terhadap COVID-19 dan ketidaktentuan politik menjelangnya pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat ini.

Beliau berkata bagaimanapun, itulah risiko mata wang dalam dagangan muktahir ini.

“Penjualan ringgit bagi saya menunjukkan pelabur mahu penyampaian dasar yang mengorak laluan untuk menjamin pertumbuhan,” katanya kepada Bernama.

Innes berkata, dagangan ringgit di pasaran juga baik dengan disokong pada paras 4.16 hari ini.

Semasa awal dagangan hari ini, ringgit turut diniagakan rendah kebanyakannya berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0495/0580 daripada 3.0517/0558 ketika ditutup semalam namun rendah berbanding pound Britain kepada 5.4185/4323 daripada 5.3965/3021.

Ringgit juga turun berbanding euro kepada 4.8655/8789 daripada 4.8585/8636 semalam dan lemah berbanding yen kepada 3.9711/9815 daripada 3.9668/9713.

-BERNAMA

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here