Rokok, minuman keras bernilai RM30.14 juta dirampas

0
118

SIBU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 merampas rokok dan minuman keras bernilai RM30.14 juta dalam serbuan terhadap sebuah tongkang membawa kontena di Tanjung Kunyit, Sungai Batang Rajang, di sini, 12 Mac lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, berkata ia adalah jumlah rampasan terbesar yang berjaya dilakukan pihaknya tahun ini.

Beliau berkata, kejayaan dalam Ops Kontraban itu adalah hasil risikan oleh anggota PPM Wilayah 5 selain maklumat orang awam.

“Berdasarkan maklumat yang diperolehi berkaitan aktiviti penyeludupan, polis menjalankan rondaan dan menemui sebuah tongkang dipenuhi beberapa kontena yang mencurigakan sedang berlabuh di jeti persendirian di Tanjung Kunyit kira-kira jam 12.40 tengah hari,12 Mac lalu.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here