Ronaldinho positif Covid-19

0
27
Foto oleh Goal.com
Foto oleh Goal.com

Rio De Janeiro: Bekas penyerang Ronaldinho memaklumkan bahawa dia dijangkiti Covid-19 tetapi tidak bergejala.

Bekas pemain Barcelona dan AC Milan berusia 40 tahun itu, yang pernah memenangi Liga Juara-Juara dan Piala Dunia sepanjang karier gemilangnya, akan dikuarantin di hotel Belo Horizonte.

“Hai kawan-kawan, keluarga, peminat, saya melakukan ujian Covid-19 dan keputusannya positif. Saya dalam keadaan baik, tidak ada gejala buat masa sekarang,” kata Ronaldinho dalam rakaman video di media sosial.

Ogos lalu, Ronaldinho kembali ke Brazil selepas ditahan lima bulan di Paraguay kerana kesalahan memalsukan pasport.

Bekas pemenang Ballon d’Or itu dan adiknya dipenjara sebulan dan ditahan empat bulan di hotel Asuncion.

Brazil mencatat lebih daripada 156,000 kematian akibat COVID-19, di belakang Amerika Syarikat dalam jumlah kematian.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here