
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, satu kes kematian melibatkan satu kluster baharu yang dikesan oleh Kementerian Kesihatan telah direkodkan. Kluster ini dikenali sebagai kluster Sendayan yang bertempat di Negeri Sembilan.
Menurut Datuk Dr Noor Hisham, kluster baru ini direkodkan dengan 39 kes positif. Manakala satu kematian yang direkodkan berlaku di sebuah tahfiz
Menerusi akaun Twitter rasmi beliau berkata, “Tindakan bersepadu oleh anggota kesihatan sedang dijalankan di lapangan dan semoga jangkitan dapat dikawal daripada terus merebak”.
Satu kluster baru di Sendayan, Negeri Sembilan dengan 39 kes positif dan satu kematian di sebuah tahfiz.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 15, 2020
Tindakan bersepadu oleh anggota kesihatan sedang dijalankan di lapangan dan semoga jangkitan dapat dikawal daripada terus merebak. pic.twitter.com/FmK8oAyuSW
Jumlah kes positif yang direkodkan itu melibatkan 13 pelajar tahfiz, 15 ahli lembaga pengarah sebuah syarikat dan sebuah keluarga yang dianggotai seramai 11 individu.
Tambahan lagi, Dr Noor Hisham turut berkongsi maklumat mengenai laporan status terkini yang membabitkan lima kluster. Rekod ini dijana berdasarkan sehingga tarikh semalam, 14 April 2020.
Status terkini lima kluster selain kluster terbesar iaitu perhimpunan seri petaling (39%) di Malaysia sehingga jam 12pm, 14 April. pic.twitter.com/ESMxBCYLi9
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 15, 2020
Sumber: Dr Noor Hisham-Twitter
infected