Selangor, KL, Johor, Pulau Pinang kekal PKP hingga 4 Mac

0
162

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang akan diteruskan hingga 4 Mac ini.

Keputusan itu dibuat hasil penilaian risiko dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) bersama sidang khas Jawatankuasa Teknikal PKP.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, pelaksanaan PKP ini akan diteruskan bermula 19 Februari ini.

Beliau berkata, status Putrajaya dan Labuan akan bertukar daripada PKP kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Negeri lain yang turut bertukar kepada status PKPB adalah Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, hari ini.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here