Selaraskan tanah perkuburan Islam di seluruh negara – CAP

0
111

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak Majlis Agama Islam Negeri di seluruh negara.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader, berkata ia bagi memastikan tanah perkuburan orang Islam diselaras bagi menampung keperluan pengebumian untuk jangka masa panjang.

Katanya, masalah kekurangan tapak perkuburan ini lebih dihadapi di kawasan bandar.

“Jika ada satu kawasan perkuburan awam bersepadu khusus di negeri dan daerah, maka ia dapat diselaraskan dalam semua urusan.

“Selain itu dapat menjimatkan tanah terutama di lokasi ‘segi tiga emas’ dengan tanah bernilai tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam laporan media baru-baru ini, ruang kubur di Pulau Pinang dikatakan semakin terhad dan terpaksa menggunakan sistem bertindan bagi mengatasi masalah kepadatan kubur.

Manakala di Kuala Lumpur pula, tanah perkuburan Islam secara puratanya mampu menampung pengebumian jenazah bagi tempoh 10 hingga 15 tahun lagi.

Sebahagian besar daripada 29 tanah perkuburan Islam yang terdapat di Kuala Lumpur sudah 70 peratus digunakan daripada ruang kosong yang disediakan.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here