Semua sekolah di zon merah ditutup

0
62

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 384 buah sekolah di kawasan zon merah di seluruh negara akan ditutup bermula esok sehingga 23 Oktober ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu selaras dengan perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berhubung arahan kerajaan untuk menutup sekolah di kawasan-kawasan zon merah di seluruh negara.

“KPM mengambil perhatian berhubung peningkatan kes Covid-19 di beberapa daerah. KPM juga menyedari kekhuatiran ibu bapa dan warga sekolah berkaitan keadaan semasa penularan wabak tersebut.

“Sehubungan itu, semua sekolah di daerah Klang, Selangor serta di daerah Sandakan, Papar dan Tuaran, Sabah akan ditutup bermula esok sehingga 23 Oktober ini,” katanya di sini hari ini.

Katanya, penutupan itu melibatkan sebanyak 142 buah sekolah di daerah Klang dan 242 buah sekolah keseluruhan di tiga daerah di Sabah.

“Bilangan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.

“Selain itu, sekolah yang mempunyai asrama termasuk Kolej Vokasional juga ditutup. Oleh itu, ibu bapa atau penjaga perlu mengambil murid yang tinggal di asrama tersebut untuk pulang,” ujarnya.

Katanya, dalam tempoh penutupan sekolah ini, pengetua dan guru besar akan memastikan guru-guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah mengikut kesesuaian guru dan murid.

 

SUMBER – K! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here