Siapa Ketua Menteri Sabah masih tanda tanya

0
131

KOTA KINABALU: Keputusan siapa Ketua Menteri Sabah baharu masih menjadi tanda tanya.

Tinjauan di istana negeri setakat jam 9 pagi ini mendapati, tiada sebarang pergerakan masuk kenderaan membawa rombongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Pintu utama istana juga dikawal ketat pasukan keselamatan sejak jam 8 malam kelmarin.

Terdahulu, Yang di-Pertua Negeri Sabah,Tun Juhar Mahiruddin semalam meminta sedikit waktu bagi membuat pelantikan Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin sebelum itu, dilihat tiba di pintu utama Istana Negeri kira-kira jam 2.27 petang.

Selang beberapa minit kemudian, kenderaan yang membawa Ketua Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Hajiji Noor turut kelihatan memasuki perkarangan istana sekitar jam 2.30 petang.

Turut kelihatan tiba, Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Jahid Jahim pada jam 2.47 petang dan diikuti Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Dr Jeffrey Kitingan pada jam 3 petang.

Sementara itu, dalam pertemuan kira-kira 30 minit berkenaan, Bung Moktar memaklumkan Tun Juhar meminta sedikit masa untuk memilih pemimpin tertinggi negeriyang baharu dan menyatakan ia bakal diselesaikan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Jahid menyatakan semua dokumen berkaitan sudah diserahkan kepada pihak istana.

Semua dokumen berkenaan adalah mengenai penyataan berkanun untuk menyokong pemilihan Ketua Menteri Perikatan Nasional (PN).

Sumber: Berita harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here