Siapa KM Sabah baharu?

0
106

Istana Negeri Sabah jadi tumpuan.

Anggota polis membuat kawalan di hadapan pintu Istana Negeri Sabah sebagai persediaan sekiranya berlansung istiadat angkat sumpah Ketua Menteri Sabah yang baharu sempena Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16 di Kota Kinabalu, Sabah.

KOTA KINABALU – Istana Negeri hari ini menjadi tumpuan pengamal media selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) semalam memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ini berikutan kenyataan terkini Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Datuk Hajiji Noor yang mengatakan pengumuman jawatan Ketua Menteri akan diumumkan hari ini. null

Bagaimanapun beliau tidak memaklumkan masa dan tempat pengumuman akan dibuat. 

petugas keselamatan mengawal perkarangan Istana Negeri ini seawal 8 pagi.

Selain itu lebih kurang 20 pengamal media turut berada di sini.Pengamal media mula berkumpul di hadapan pintu Istana Negeri Sabah bagi mengetahui perkembangan mengenai jawatan Ketua Menteri Sabah yang baharu sempena Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16 di Kota Kinabalu, Sabah.

Setakat ini, difahamkan, tidak ada majlis angkat sumpah akan berlangsung hari ini.

Untuk rekod semalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan GRs menguasai 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekaligus menewaskan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Perikatan Nasional (PN) mendapat 17 kerusi, Barisan Nasional (14) dan Parti Bersatu Sabah (7).

Manakala Warisan Plus Sabah pula mendapat 32 kerusi.

Warisan memperoleh 27 kerusi, PKR (2), bebas (3) dan UPKO (1).

Sebelum ini Pengerusi PN menyebut calon Ketua Menteri negeri itu adalah Hajiji yang juga telah memenangi kerusi DUN Sulaman semalam.

Dan pada yang sama BN juga ingin Bung Mokthar diangkat sebagai Ketua Menteri. Kita lihat episod seterusnya. Jangan ada proses “Melompat katak” berlaku. Sekiranya ini berlaku maka proses pilihan raya adalah buang masa dan buang duit!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here