Skizofrenia Juga Salah Satu Masalah Mental

0
45

Kita sering dengar masalah-masalah mental seperti bipolar, kemurungan (depression) dan kebimbangan (panic attack). Tapi kita tahu tak terdapat banyak lagi masalah mental yang masih tidak diberikan kesedaran. Hal ini mungkin akan menyebabkan seseoarang yang mengalami masalah mental lain semakin parah jika lambat bertindak.

Salah satu masalah yang wujud dan perlu diketengahkan adalah Skizofrenia. Masalah ini masih belum dapat perhatian masyarakat mungkin kerana masih ada yang menganggap simptom yang di alami itu adalah normal. Mungkin juga kurangnya pengatahuan yang berkaitan dengan masalah ini menjadikan mereka tidak tahu atau tidak sedar bahawa mereka sebenarnya mempunyai masalah mental. Masalah mental perlu dipertengah dan dihebahkan supaya mereka boleh bertindak lebih awal.

Pesakit yang mengalami masalah ini akan behadapan dengan beberapa ciri seperti berhalusinasi, delusi, kecelaruan pemikiran, pertuturan dan tingkah laku. Mereka yang menghidap penyakit ini juga akan menyebabkan kemerosatan yang amat ketara di tempat kerja mahupun institusi. Sekiranya mereka lambat sedar akan penyakit ini, ianya mungkin akan menjadi lebih teruk dan memudaratkan diri.

Antara tanda-tanda mereka mengalami masalah Skizofrenia mempunyai masalah kecelaruan obsesif kompulsif dan pernah mengalami kemerosotan kerja di sekolah atau di tempat kerja. Jika anda mempunyai masalah tersebut, disarankan supaya berjumpa dengan pakar untuk pengesahan.

Sebenarnya, masalah menta bukanlah hanya anxiety dan depression, terdapat banyak masalah mental lain yang tidak di ambil peduli sampai satu tahap orang yang mengalami masalah tersebut sudah tidak mampu untuk dibantu. Kita sebagai manusia perlulah prihatin dan menyedari akan orang-orang di sekililing terutama ahli-ahli keluarga kita. Jangan sesekali ambil mudah dan jika ada ahli keluarga yang mengalami masalah tersebut, sama-samalah kita beri sokongan dan dorongan.

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here