SPRM perlu siasat, panggil Abdul Hamid

0
307

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memanggil bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador berikutan dakwaannya ramai ahli politik terbabit rasuah.

Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Ibrahim Ali, berkata Abdul Hamid perlu dipanggil untuk mendedahkan nama ahli politik yang didakwanya terbabit rasuah.

Beliau berkata, sebelum ini, dakwaan sedemikian dibuat oleh individu biasa namun kali ini, ia dikeluarkan Abdul Hamid ketika masih menyandang jawatan KPN.

“Waktu beliau membuat pendedahan, beliau masih memegang jawatan. Kenyataannya amat keras dan semua pihak memberi perhatian.

“Apabila Abdul Hamid menyatakan ada ahli politik yang korup dan rasuah, saya tersentuh kerana ia memberi persepsi seolah-olah semua ahli politik rasuah.

“Ini saya rasa tidak tepat. Memang ada ahli politik rasuah, saya percaya ada kerana Abdul Hamid boleh sebut kerana beliau adalah pegawai tinggi polis, semua fail ada padanya,” katanya kepada pemberita selepas menghantar laporan kepada SPRM, hari ini.

Ibrahim berkata, laporannya diserahkan kepada Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Norazlan Mohd Razali.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here