SPRM tahan 6 disyaki ‘orang dalam’ sindiket PLKS palsu

0
195

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam individu disyaki menjadi ‘orang dalam’ sindiket pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu yang ditumpaskan pada Selasa lalu.

Kesemua mereka diberkas secara berasingan di sekitar Kuala Lumpur, malam tadi.

Empat daripada mereka adalah pekerja teknikal syarikat pembekal sistem, manakala dua lagi kakitangan Jabatan Imigresen (Imigresen) berusia antara 34 hingga 42 tahun.

Sumber berkata, empat pekerja teknikal dipercayai bertanggungjawab memasang peranti dan perisian bagi tujuan menggodam Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs).

“Penahanan pekerja syarikat pembekal sistem itu turut membawa kepada penemuan beberapa komputer di Imigresen yang dilengkapi peranti dan perisian penggodaman.

“Dua kakitangan Imigresen pula disyaki bersekongkol membantu sindiket terbabit menjalankan kegiatan menggodam sistem berkenaan.

“Mereka disyaki turut menerima rasuah sebagai habuan bersubahat dalam kegiatan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbaru berkenaan.

“Kami melihat isu penggodaman ini sebagai perbuatan amat serius kepada aspek keselamatan negara.

“Kesemua suspek akan disiasat berhubung pembabitan mereka disyaki bersekongkol menggodam sistem imigresen.

“Segala sudut undang-undang jenayah akan dilihat dalam pelaksanaan siasatan ini,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here